Berat Yoyo? Cara Memilih Diet Yang Lestari

Arghhhhhhhhh….susahnya nak turunkan berat!

Rasa sukar untuk menurunkan berat? Tetapi adakah anda tahu mengekalkan berat badan jauh lebih mencabar dan berat badan kembali naik adalah perkara biasa? Dalam meta-analisis 29 kajian penurunan berat badan jangka panjang, lebih separuh daripada berat badan yang turun telah naik semula dalam tempoh dua tahun, dan dalam tempoh lima tahun lebih daripada 80% berat badan yang turun naik kembali. Gagal mengekalkan berat badan menyebabkan ramai yang percaya bahawa penurunan berat badan adalah usaha yang sia-sia. Kenapa gagal mengekalkan berat badan?

Kenali jenis diet


Berikut adalah gambaran keseluruhan jenis-jenis diet yang ada dan bagaimana cara pelaksanaannya.

Tinggi Lemak Hadkan karbohidrat dan protein
Rendah Lemak Kurang 20% DCI
Tinggi Karbohidrat Hadkan lemak dan tinggi fiber
Rendah Karbohidrat Kurang 50% DCI
Tinggi Protein Hadkan karbohidrat dan lemak
Penganti Sajian Sajian cecair kurang 400 kcal , mengantikan 1 atau 2 sajian sehari
Pilih Makro Pilih dari senarai yang telah disediakan seperti tinggi karbo kompleks
Fad Diet Hadkan beberapa makanan sahaja seperti buah-buahan sahaja atau telur dan ayam sahaja.

Diet popular yang diamalkan

Cara diet

  • Kurangkan makan
  • Potong gula atau snek
  • Menghadkan lemak, makanan bergoreng
  • Memilih makanan rendah lemak
  • Banyak buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Berpuasa
  • Langkau waktu makan seperti tinggalkkan sarapan atau makan malam

Kursus Kecergasan 2025

4 cara diet yang paling tinggi iatu:

  • Tingkatkan senaman (82.2%)
  • Mengurangkan pengambilan lemak (78.7%)
  • Mengurangkan jumlah makanan (78.2%)
  • Mengurangkan kalori (73.2%).

Selama mana diet itu boleh bertahan?


Walau bagaimanapun,hasil kajian tersebut juga menunjukkan hanya boleh bertahan 18 hingga 40 migggu.

Faktor sukarnya diet

1 – Faktor Luaran

Faktor luaran atau faktor persekitaran seperti budaya masyarakat yang banyak aktiviti makan-makan (kenduri, perayaan, harijadi, meraikan kejayaan, persaraan, kematian, musim buah), perkembangan industri makanan seperti pertambahan makanan segera atau makanan ultra -proses, makanan viral, serta ramai yang memilih untuk makan diluar yang biasanya tinggi kalori.

2 – Faktor Dalaman

Perkara yang terjadi sebenarnya ramai yang mula longgar dalam diet atau semakin kurang mengikuti cara diet yang mereka amalkan. Ia disebabkan semakin kurang kemahuan, penurunan motivasi dan ketabahan. Selain mereka berdepan dengan masalah craving, binge eating, kelaparan dan ramai juga yang asyik memikirkan mengenai makanan.

Masalah plateau 

Kita sering mengandaikan bahawa metabolisme kita semakin menurun seiring dengan penurunan berat tetapi perkara yang lebih perlu dititik beratkan adalah peningkatan selera selepas 1 tempoh diet. Jika plateau, semak balik kemasukan kalori. Hasil kajian menunjukkan ada peningkatan 600-700 kcal berbanding awal diet.

KESIMPULAN

Cara mengekalkan berat yang telah diturunkan adalah proses mengawal pengambilan kalori jangka panjang.

RUJUKAN

  1. Is dieting good for you?: Prevalence, duration and associated weight and behaviour changes for specific weight loss strategies over four years in US adults, PMID: 10193879
  2. Intentional weight control and food choice habits in a national representative sample of adults in the UK, PMID: 10849572
  3. Maintenance of lost weight and long-term management of obesity, PMID: 29156185

  4. What Are Sustainable Diets?
Eda Sharip

Eda Sharip

Eda Sharip ialah Jurulatih Peribadi bertauliah. Beliau mempunyai sarjana muda dalam Ijazah Sains Biologi USM yang amat meminati bidang biokimia dan molekular. Kini berkhidmat di Makmal USM Kubang Kerian. Pengalaman sebagai jurulatih bermula 2019 bersama Dietfit Malaysia. Personal Trainer di Gym sekitar kota bharu serta pengasas Program Virtual Dumbbells sejak 2021.

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: