Diet Seekor Ayam Sehari – Berapa Kalori Dan Protein?

Boleh ke saya diet makan seekor ayam sehari?
Ayam adalah sumber protein yang baik, sedap dan tak pernah jemu dan bagi kebanyakkan orang ayam adalah menu harian dan bila mula diet, ayam masih sentiasa menjadi pilihan. Adakah boleh makan ayam dengan sangat banyak seperti 1 ekor sehari? Untuk menyemak kalori makanan anda boleh rujuk data nutrisi yang dipercayai seperti USDA atau syarikat produk tersebut. Jom semak kalori dan jumlah protein ayam.
Separuh ekor ayam
Berat 480g, tanpa tulang
1070 kcal
115g protein
64g lemak
0g karbo
12 unit protein
Dada Ayam
Per 100g tanpa kulit
165 kcal
31g protein
3.57g lemak
0g karbo
4 unit protein
Suku ayam bahagian kaki (120g)
218 kcal
28.6g protein
10.8g lemak
0g karbo
4 unit protein
Kepak Ayam
1 ketul (107g)
204 kcal
18.7g protein
13.7g lemak
0g karbo
2 unit protein
Bagaimana jika ayam goreng?
Boleh guna KFC sebagai panduan
Panduan untuk makan ayam
Nilai kalori berbeza
Penting untuk anda tahu bahawa nilai kalori untuk ayam adalah berbeza mengikut bahagian serta komposisi protein dan lemak. Ia juga berbeza mengikut cara masak dimana pertambahan kalori disebabkan penggunaan minyak, santan, tepung atau sebagainya.
Kira keperluan kalori dan protein
Kemudian anda perlu tahu keperluan kalori dan pecahan makronutrisi terutama protein untuk badan anda. Sebagai contoh berat badan anda 100kg dan keperluan protein 1.0g per kg berat badan, jadi jumlahnya 100g protein. Anda tidak perlu makan seekor ayam sehari, memadai setengah ekor sahaja sehari. Keperluan anda berbeza jika anda seorang ahli bina badan.
Cara mudah
Ada pelbagai cara mudah untuk mengira kalori tanpa perlu membuat pencarian di internet atau menyemak menggunakan aplikasi antaranya sistem tukaran makanan (food exchange) atau kaedah porsi makanan. Seperti dalam artikel ini di tulis sebagai unit protein.

RUJUKAN