Jenis Suplemen Yang Saya Guna Sepanjang Tahun

Saya ingin berkongsi jenis suplemen yang saya biasa pakai sepanjang tahun. Kombinasi ini (bagi saya) memberikan saya rasa kekuatan dan tenaga badan yang baik. Mungkin anda pakai lebih lagi, saya cuma kongsikan apa yang saya guna dan kenapa saya guna suplemen tersebut.

 

Kepada pengguna bahan terlarang dalam sukan, anda mungkin memerlukan pengambilan yang lebih banyak. Jauhi penggunaan bahan yang boleh mendatangkan risiko kepada diri anda. Jika anda masih mahu gunakan, pastikan penggunaan anda dipantau ahli medikal yang profesional.

 

Saya tidak menggalakkan anda untuk guna sebarang suplemen kesihatan tanpa pengawasan doktor. Saya hanya berkongsi apa yang saya guna dan mungkin anda boleh gunakan info ini untuk manfaat diri anda sendiri.

Kursus Kecergasan 2024

Artikel sebelum ini berkaitan tips yang saya amalkan untuk turunkan berat badan, anda sudah baca atau belum? Jika belum, klik di sini untuk membaca.

 

Vitamin D3 (Cholecalciferol)

 

 

Vitamin D3 ialah nutrien yang badan boleh mensintesis dalam kulit daripada pendedahan kepada cahaya matahari. Badan menghasilkan Vitamin D daripada kolesterol, dengan syarat terdapat jumlah cahaya UV yang mencukupi daripada matahari. Untuk mendapatkan jumlah yang mencukupi, seseorang (secara umumnya) memerlukan 20 Minit pendedahan cahaya matahari pada seluruh badan. Vitamin D juga terdapat dalam ikan, telur, dan produk tenusu.

 

Penggunaan suplement vitamin D3 dikaitkan dengan pelbagai faedah kesihatan, termasuk; peningkatan kognisi dan ingatan, sistem imun yang lebih baik, pengurusan tahap hormon seks, dan pengurusan kesihatan tulang. Penggunaan suplemen vitamin D3 juga boleh mengurangkan risiko kanser, jantung, dan penyakit kardiovaskular, diabetes, dan sklerosis.

 

N-Acetyl Cysteine (NAC)

 

 

N-Acetyl Cysteine ????(NAC) ialah suplemen yang dikaitkan pengeluaran glutathione dalam hati dan sel-sel badan yang lain. Ia juga digunakan sebagai ubat untuk merawat terlebih dos paracetamol. Glutathione bermanfaat untuk kesihatan hati (serta kesihatan buah pinggang).

 

Glutathione rendah biasanya diperhatikan dalam penyakit seperti kanser, HIV/AIDS, sepsis, trauma fizikal, terbakar, latihan terlalu banyak (overtraining) atau selepas suatu tempoh kebuluran.

 

NAC kebanyakannya diproses dalam hati, di mana sebahagiannya digunakan untuk mencipta glutathione seperti yang diperlukan oleh badan.

 

Minyak Ikan: Omega-3 EPA dan DHA

 

 

Minyak ikan ialah istilah biasa yang digunakan untuk merujuk kepada 2 jenis asid lemak omega-3; eicosapentaenoic acid (EPA) dan docosahexaenoic acid (DHA). Kedua-dua asid lemak omega-3 sihat ini terdapat dalam ikan.

 

EPA dan DHA terlibat dalam mengawal selia pelbagai proses biologi, termasuk; tindak balas radang terhadap kecederaan dan pengoksidaan (disebabkan senaman), laluan isyarat metabolik, fungsi otak, sensitiviti insulin dan pengurusan lipid serum.

 

Pengambilan EPA dan DHA yang mencukupi daripada ikan atau suplemen telah menunjukkan untuk mengurangkan tahap trigliserida dan kolesterol serum, mencantikkan tekanan darah dalam kes hipertensi, merendahkan keradangan sistemik, dan meningkatkan sensitiviti insulin.

 

Apple Cider Vinegar (ACV)

 

 

ACV menjadi sebutan sekarang kerana ia berkesan untuk mengawal glukosa memasuki darah dan menurunkan puncak paras glukosa. ACV juga berkesan menurunkan indeks glisemik dan beban glisemik makanan tertentu, sambil meningkatkan penyerapan nutrien mikro daripada hidangan yang sama!

 

ACV membolehkan makanan berada dalam keadaan penghadaman yang lebih lama sebaik sahaja ia masuk ke saluran usus, membolehkan penyerapan lebih berkesan ke dalam darah. Bahan aktif utama ACV ialah asid asetik, yang juga membantu memecahkan protein dan lemak.

 

Kesimpulan

 

Saya menggunakan suplemen-suplemen ini sebagai tambahan kepada pemakanan asas saya. Ia bukanlah wajib bagi saya untuk digunakan tetapi ia membantu. Bagi sayalah, ia membantu, bagi anda pula, saya tidak tahu.

 

Anda juga boleh cuba untuk gunakan suplemen seperti yang saya sebutkan dalam artikel ini. Jika anda rasa ada perubahan pada kualiti hidup harian anda, jangan lupa untuk kongsikan bersama.

Aiman Radzi

Aiman Radzi

Penggemar sukan melibatkan kekuatan fizikal, Aiman Radzi kini kembali lagi untuk berkongsi perjalanan dan pendapatnya tentang latihan dengan pembaca semua!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: