Kinesiologi – Pergerakan

Kinesiologi adalah kajian tentang pergerakan. Ada banyak pergerakan di badan kita, bergantung pada sendi di mana pergerakan berlaku. Setiap pergerakan ini ada terma nya yang khusus.
Kajian mengelaskan satah anatomi pada badan manusia. Terdapat tiga satah utama.
1. Satah sagittal – Membahagikan jasad kepada kiri dan kanan. Ianya berada di tengah-tengah antara kepala, badan dan kaki.
- Fleksi – membengkok bahagian sendi atau mengecilkan sudut
- Ektensi – meluruskan bahagian sendi atau membesarkan sudut
- Hiperektensi – bengkokkan badan ke belakang
- Fleksi–dorsi – kaki menuju ke atas
- Fleksi–plantar – kaki menuju ke bawah


2. Satah frontal – Membahagi badan daripada hadapan ke belakang, iaitu bahagian anterior dan posterior.
- Abduksi – pergerakan menjauhi garisan tengah badan
- Adduksi – pergerakan ke arah garisan tengah badan
- Gelongsor – pergerakan dalam mana-mana arah dua permukaan tulang, contohnya jari
- Eversi – Pergerakan yang menghalakan tapak kaki ke arah tepi badan
- Inversi – Pergerakan yang menghalakan tapak kaki ke arah tengah badan
- Elevasi – Pergerakan membuka mulut
- Depresi – Pergerakan menutup mulut


3. Satah transverse – Membahagikan badan daripada bahagian atas dan bawah.
- Rotasi – Pergerakan putaran melibatkan tulang berputar pada paksi membujur tulang itu sendiri. Contoh putaran, pusingkan leher. Putaran boleh dilakukan di semua sendi bola dan soket.
- Pronasi – Pergerakan bahagian bawah lengan yang menyebabkan tapak tangan menghala ke bawah.
- Supinasi – Pergerakan bahagian lengan bawah yang menyebabkan tapak tangan menghala ke atas.
- Protraksi – Pergerakan ke arah hadapan bahagian tertentu badan. Contoh, rahang ke hadapan
- Retraksi – Pergerakan untuk mengembalikan bahagian tertentu badan yang telah diprotraksikan ke kedudukan anatomi.


Rujukan