Mulakan Latihan Kembali

Aiman Radzi - Mulakan Latihan KembaliKini, sudah tiba masa untuk kita kembali dengan latihan yang telah lama ditinggalkan kerana kesibukan kerja, musim perayaan, cuti-cuti Malaysia, dan macam-macam lagi. Berhenti rehat lama menyebabkan kondisi badan anda merosot. Maksudnya, komposisi badan pun merundum, kekuatan dan ketahanan semasa senaman, lagilah!

Apakah rancangan anda untuk memulakan kembali latihan? Saya sekarang berada di Alor Setar untuk berpraktikal sehingga 20/9/2017. Sesiapa yang berdekatan dan ingin berlatih sama-sama, jemputlah ke Mergong!

Kursus Kecergasan 2024

Latihan 5×5 Sebagai Pemula

Siapa yang tak tahu lagi tentang latihan 5×5? Anda boleh cari sahaja dalam blog ini berkaitan latihan tersebut. Bagi pengikut tegar blog dan juga penulis ini, pasti mereka tahu yang saya cukup bersetuju dengan latihan 5×5 dalam dunia membina badan serta kekuatan.

Yang baru nak mula, yang dah lama berlatih, semuanya boleh menggunakan konsep latihan 5×5. Dengan perubahan yang minima pada parameter latihan, anda boleh jadikannya latihan bina badan atau latihan kekuatan. Seronoknya latihan ini, ia boleh jadi dua-dua dalam satu parameter yang sama dan mudah!

Jadi, saya gunakan program latihan ini dahulu menggunakan konsep asas (seperti Stronglift) untuk membina semula kekuatan dan kondisi badan. Semalam, saya mula dengan 80kg squat, 60kg bench press, dan 80kg deadlift. Hari ini, saya sudah rasa seperti tiada kaki lagi. Dahulu boleh sampai 170kg squat, sekarang?

Jangan bersedih, wahai diri ini! Kita akan bina semula perlahan-lahan.

Pemakanan Pula?

Mungkin saya cuba kurangkan yang manis-manis dan berminyak dahulu. Pengiraan kalori tidak dilakukan sangat sebab saya tahu musim praktikal ini agak susah untuk menjaga makan dengan rapi. Meskipun susah, kita kena cuba apa yang mampu. Kalau tidak, semakin memboroilah perut ini.

Kalau Supplement, Perlu Tak?

Supplement bukanlah sesuatu yang wajib diambil dalam dunia bina badan dan kekuatan. Andai kata anda hendak menjadi atlit mewakili Malaysia, sudah pasti ia sangat diperlukan. Bagi orang biasa, ia bukanlah sesuatu yang mandatori perlu diambil. Ada duit lebih, baru beli. Ini, ada yang kata kalau tak ada supplement, badan tak menjadi. Mohon campakkan dumbbell ke belakang kepalanya.

Saya sudah off daripada pengambilan supplement untuk sementara waktu bagi memberi rehat pada organ-organ saya. Dahulu, semasa pemeriksaan, katanya kandungan protein dalam badan saya tinggi. Risau dengan kondisi Gout, saya terus stop daripada pengambilan supplement semua.

Oleh yang demikian, saya akan buktikan juga yang anda boleh berlatih tanpa guna supplement. Anda masih boleh bina otot dan menjadi kuat dengan pemakanan biasa sahaja. Ini adalah untuk menyangkal pemikiran orang yang penggunaan supplement dikira ubat ajaib untuk membina badan.

Apa pula rancangan anda untuk memulakan latihan kembali?

Aiman Radzi

Aiman Radzi

Penggemar sukan melibatkan kekuatan fizikal, Aiman Radzi kini kembali lagi untuk berkongsi perjalanan dan pendapatnya tentang latihan dengan pembaca semua!

Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Share This
error: