Sesiapa duduk atau bercuti ke Cheras, anda boleh ke Activ9 Fitness Gymnasium. Gym ini sebuah gim bina badan yang lengkap dengan staff yang mesra. Ianya selesa dengan persekitaran yang mesra.
Saya sendiri dah cuba berlatih di sana dan memang terbaik.
Di mana?
No 93-1 Villa Shoplex Pudu Impian 3, Jalan Pudu Ulu 56100 Cheras, Kuala Lumpur
Zaki Khan adalah seorang terapi senaman yang diperakui. Pernah berkhidmat sebagai jurulatih kepada jurulatih untuk Majlis Kecergasan Kebangsaan di bawah kelolaan Dato Azalina Othman. Berpengalaman lebih dari 22 tahun dalam bidang kecergasan.
Sebagai seorang terapi senaman, Zaki Khan terlibat bukan sahaja sebagai seorang jurulatih kecergasan tetapi juga dalam rehabilitasi, berhadapan dan membetulkan masalah-masalah ketidakseimbangan otot, menguatkan kembali otot-otot yang lemah supaya seseorang itu dapat menjalankan fungsi asas badan. Zaki Khan juga banyak terlibat dalam kempen-kempen mempromosikan kesihatan samada sebagai seorang penceramah, penganjur atau jemputan.